Thursday, December 15, 2011

1st live blogging.jpg

1st live blogging.jpg by SyidaChan
1st live blogging.jpg, a photo by SyidaChan on Flickr.

Multimedia Message

This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60133093697
You have received this Multimedia Message in your email inbox
and it has been reformatted in order to be visible in your email client.
However, Multimedia Messages have slideshow like qualities
that are best viewed with the MMS capable player located in
MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Monday, January 31, 2011

Tak Termampu Lagi~

Aku tak kira.....

Aku nak luah kan jugak....

Tapi hanya disini saja yang aku mampu luahkan....

Luahan hati ku......








Semenjak dua tiga pat menjak ni, aku sentiasa teringatkan dia kembali. Bukan sengaja aku nak ingatkan dia tapi entah kenapa sering saja terlintas di kotak fikiran aku. Kenapa? Kenapa? KENAPA??


Dah tu boleh pulak termimpi kan dia. Makin dilupakan makin menjadi-jadi. Dah buat-buat busy pun tak boleh juga di tepis dari otak. Sampaikan ternampak dia dalam FaceboOk! Kenapa mesti dia datang balik? Kenapa segala benda yang berkaitan dengan dia sering saja menerjah kat aku hinggakan aku terus teringat kan dia? Dan kenapa tiba-tiba hati berkobar-kobar nak tahu sangat hal dia sekarang? Kenapa aku tak boleh lupakan dia??!!!!


Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini sangat lemah dalam menangani hal-hal hati dan perasaan. Aku memohon agar Kau berikan ku petunjuk dan hidayah Mu supaya aku sentiasa mengingati Mu dan mendekati Mu. Amin~


Serius aku nak cakap, aku tak nak lagi letak harapan yang tinggi supaya aku tak sakit sangat bila jatuh nanti. Aku cuma ingin memperbaiki diri supaya berguna untuk keluarga, masyarakat dan bekalan hidup di akhirat kelak.

Kepada dia, aku tau dia sikit pun tak bersalah atas segala yang berlaku pada diri aku sekarang. Dan aku memang sangat berharap supaya dia langsung tak tahu keadaan diri aku sekarang.

Kepada diri sendiri, berusahalah!!! Jadi apa yang kau impikan! Jadikan impian dan angan-angan kau menjadi kenyataan! InsyaAllah~



Saturday, December 18, 2010

Muahahaha~

Yay!!!

Hari rabu hari tu sampai jugak novel-novel Hlovate yang aku order online.hehehe.sonoknyer~

Masa novel-novel tu sampai rumah aku takde kat rumah. aku,dila,wani dan siti gi mid valley tengok wayang. cite rapunzel, 3D lak tu.gempak~

novel tu mak yang terima dari abang posmen.memang betul-betul masa mak sampai rumah. abang posmen masa tu tengah tulis kad cinta perutusan untuk ambil bungkusan di pejabat pos. nasib baik mak sempat balik.

balik-balik rumah je tengok atas meja ada bungkusan yang tertulis nama aku. mula-mula pelik gak sebab selama ni aku tak pernah pulak menang mana-mana peraduan sampai aku boleh dapat hadiah. lama gak aku tenung bungkusan tu. tiba-tiba je aku baru teringat. aku ade order novel dari online...melompat aku terus sambar bungkusan tu pastu lari satu rumah. gaya macam dapat grand prize power root. terkujat semua orang.hehehe

sape tak seronok beb. dah la first time order online, novel Hlovate lak tu, sekali 3 beli aku beli. semuanya dibalut lawa-lawa. aku masa bukak pembalut dia punya la berhati-hati takut setem dan nama aku terkoyak. diorang sume suruh aku koyak je terus.huhuhu mana boleh camtu. sayang tau~

Hahaha.malam tu jugak aku balut novel-novel aku tu cantik-cantik. mintak kat siti pembalut buku teks dia yang lebih-lebih. buat kat tengah rumah bentang lebar-lebar kat situ. punya la aku sayang. giler tak giler aku ni.huhuhu...

lepas tu pe lagi...layan 5 Tahun 5 Bulan sampai ke pagi.ambik ko. dulu baca kat blog tak habis. sekarang ko habiskan apa yang ko tak habis lagi.bwahahaha...

Thursday, December 9, 2010

Love or Hate...Hlovate~

macam dah lama je tak baca novel. petang tadi bukak facebook ternampak fanpage Hlovate. pastu bukak web Jemari Seni. tetiba je rasa rindu nak baca nukilan Hlovate. ayat yang sempoi, macam otai pun ada, and giler-giler dia. tau apa aku buat lepas tu???

aku sign up jadi member Jemari Seni and aku terus beli buku Hlovate secara online. Ya. aku beli buku secara online. nasib baik cara pembayarannya tak susah mana. banyak pilihan. dan aku beli tiga buah buku sekaligus! muahahahaha!!!

rasa jeles pulak bila tengok gambar2 dari fan Hlovate yang dorang dah kumpul semua buku Hlovate. Siap balut cantek-cantek lak tu. hish, jeles giler la! disebabkan perasaan jeles yang membuak, aku menggadaikan wang aku untuk beli buku secara online dengan jumlah lebih dari satu. Padan muka aku.

sekarang kene tunggu delivery dia sampai ke rumah. hahaha. pasni boleh la layan novel balik. hobi aku masa muda-muda dulu. hehehe ^_^

Friday, December 3, 2010

Layan~

Pagi tadi hantar Dila balik UPM. Dia ada program sukarelawan untuk Asian Debate. Pusing-pusing cari kolej dia dah sampai pukul 1 lebih. Lepas hantar Dila, balik rumah pastu mak pergi kerja semula.

Pukul 6 petang, kitorang pergi Shah Alam pulak sebab Tiqa suruh hatar kertas X-ray dia. Dia sekarang sambung belajar di Poli Shah Alam. Masa jumpa dia, dah masuk waktu Maghrib. Jadi nak kena cari tempat solat dulu. Bincang punya bincang kitorang plan solat di surau Giant Kelana Jaya saja. Sebenarnya mak nak beli kasut untuk pergi ke Ipoh, jadi alang-alang keluar rumah kitorang terus pergi kesana.

Dalam plan nak beli kasut tuh, Wani dan Siti nak makan Pizza pulak. Aiseh, nak buat camne. Layan~
Tak tau apa jenis sos cili ni. Wani kata kawan dia pernah prank kan dia. Diorang letak satu dua titik sos ni dalam minuman dia. Pedas giler nak mati dia cakap.


Dah la takde logo HALAL. boleh percaya ke ni??


1 regular Super Supreme


1 regular Pepperoni Delight




dah habis separuh~ ittadakimasu!!! ^_^





Sunday, November 28, 2010

Bla Bla Bla~

Hari ni rasa seronok dapat lepak kat rumah sepanjang hari. Bangun lambat, potong rambut dan trim sikit, makan roti canai dengan telur, tengok astro sambil baring-baring kat depan tv, pastu sembang-sembang dengan Cu Ton yang datang singgah lepas ambil Syafiqah kat UM, pastu tidur lagi, pastu bangun makan maggi dan buka internet cari kerja.

Kalau nak list lagi, mau penat jari jemari hatiku nak taip semuanya.hehehe. Tappi yang pasti rasa seronok dapat bersama dengan keluarga tanpa ada seorang pun yang tiada di rumah (kecuali Tiqah yang pergi kenduri kawan dia kat Klang).

Tapi sepatutnya hari cuti macam ni la aku kene buat kerja aku yang tak habis-habis lagi tu. Apa jadi dengan akaun yang diamanahkan untuk aku buat tu? langsung aku tak buka hari ni. Macam mana nak siap kalau langsung tak sentuh fail-fail akaun tu.huhuhu.

Aku sebenarnya tak pandai nak buat akaun yang dah macam profesional tu. Mau kene aku yang langsung takde pengalaman dalam membuat full akaun and the presentation. Due date dah nak dekat dah tapi batang hidung akaun masih tak nampak. Habis la aku kene buang kerja la gamaknya.huhuhuhu...

Dah la tensen dengan game yang baru dapat. dah install tapi tak boleh nak main. tak support la, tak cukup program la, apa la, itu la, ini la. macam-macam la. argh! tensen! nak main game!

Esok dah masuk balik kerja. Nak kene hadap En.S****** tu lagi. adoyai, lagi tensen. kan bagus kalau dia tak payah masuk kerja. semua orang kerja tak tensen even busy sekalipun. ni tak busy pun boleh tensen kalau dia ada. huhuhuhu...

Apa-apa pun aku maybe tak lama kerja disana. Mak suruh cari juga kerja pejabt supaya dapat sambung belajar sambil bekerja. Kalau kerja pejabat, waktu dia sesuai dengan waktu sambilan belajar. Tak bertindan atau clash dengan kerja.huhuhuhu...

Friday, November 5, 2010

Bukan Ku Pinta~

Sekian lama saya mendiamkan diri dari menulis blog ini. Bukan kerana merajuk atau membawa diri tetapi saya agak sibuk sejak kebelakangan ini sebab saya sudah mula bekerja.

Ya, saya sudah pun bekerja. Saya berkerja di sebuah restoran yang berhampiran dengan rumah. Bekerja sebagai pelayan amat meletihkan tetapi saya bersyukur kerana masih mampu bekerja dengan tekanan yang agak membebankan bagi saya.

Kenapa saya memilih bekerja sebagai pelayan restoran?

Dari dulu lagi saya memang sukakan pekerjaan yang memerlukan dan menggunakan fizikal dan skil secara tenikal. Saya mengimpikan pekerjaan yang agak lasak dan menyihatkan tubuh badan. Sebab itu saya tidak kisah dengan pekerjaan saya sekarang walaupun gajinya mungkin rendah dari apa yang orang selalu impikan.

Saya tahu saya mengecewakan mak dan ayah dengan memilih pekerjaan ini tetapi saya ada matlamat sendiri untuk dicapai dengan bermula dari bawah. Saya seorang graduan dalam bidang akaun tetapi saya tidak mempunyai tempat dalam bidang ini. Berkali-kali saya mencuba jawatan kosong dalam bidang saya tetapi semuanya menghampakan. Saya hanya layak mendapat jawatan yang setaraf dengan pendidikan SPM dan sijil sahaja walaupun saya mempunyai diploma. Nampak sangat sijil diploma saya langsung tidak boleh diguna pakai. Saya kecewa sangat.

Namun, saya rasa ilmu akaun yang saya pelajari semasa di peringkat sekolah dan universiti masih boleh diguna pakai. Kenapa saya kata begitu? saya akan beritahu jawapannya.

Di restoran, walaupun saya berkerja sebagai pelayan, pengurus restoran dan pekerja-pekerja lain sudah mengetahui taraf pendidikan saya. Mereka tahu saya mempunyai ilmu akaun dan tuan empunya restoran juga tahu akannya. Tanpa saya duga, isteri tuan restoran yang menggelarkan dirinya 'auntie' meminta pertolongan saya untuk menguruskan kewangan restoran milik mereka.

Walaupun saya kurang mahir dalam ilmu akaun untuk dipraktikkan secara realiti, saya rasa saya mampu untuk melakukannya. Saya agak gementar apabila mereka meminta bantuan dari saya namun saya berkata kepada diri sendiri,'sampai bila aku ingin simpan semua ilmu aku yang aku pelajari dulu. inilah masanya aku pertingkatkan dan mendalami ilmu akaun melalui pengalaman yang aku akan tempuhi.'.

Namun, saya tidak boleh terlalu rasa gembira dengan bantuan yang mereka pinta kerana semuanya masih belum mendapat kata sepakat dan saya juga masih belum memulakan apa-apa pun yang berkaitan dengan kewangan restoran. Pengurus restoran masih kurang percaya dengan kebolehan dan kejujuran saya. Maklumlah, saya masih baru bekerja dengan mereka. Mana boleh terus beri kepercayaan kepada orang yang baru dikenali. Saya faham dengan situasi itu.

Apa-apa pun, saya akan cuba beri komitmen kepada pekerjaan saya tidak kira sebagai pelayan restoran atau menguruskan kewangan. Saya rasa bersalah dengan syarikat penerbitan yang saya pernah kunjungi dulu untuk menjadi editor sambilan. Saya tidak boleh memberi komitmen kepada mereka kerana saya masih tidak pandai menguruskan masa saya untuk melakukan dua pekerjaan.

Bagaimana saya hendak menguruskan masa dengan lebih baik?